Thursday, 30 March 2017

RAFIZI YANG TIDAK FAHAM EKONOMI

YB Rafizi sebelum menuduh orang lain tidak faham ekonomi elok YB tanya diri sendiri dulu sama ada YB faham dengan mendalam tentang ekonomi?

Kadar inflasi Februari 2017 yang dicatatkan pada 4.5% adalah kadar inflasi bulanan bukannya tahunan seperti YB bandingkan dengan kadar inflasi tahunan semasa Malaysia dilanda krisis ekonomi pada tahun 1998. Di sini YB sudah mengelirukan orang ramai seolah-olah kadar inflasi Februari 2017 adalah inflasi tahun 2017 keseluruhan.

Blog Rafizi Ramli

Di dalam sejarah ekonomi Malaysia terbukti banyak kali kadar inflasi melonjak di luar kegawatan ekonomi. Di dalam keadaan ekonomi berkembang dengan pesat juga berlaku lonjakan kadar inflasi. Ini kerana apabila ekonomi berkembang pesat, pengunaan swasta (private consumption) meningkat dan ini menyebabkan kadar inflasi juga meningkat:

Source: Bank Negara Monthly Stats Bulletin

Begitu juga sebaliknya semasa ekonomi gawat pada tahun 1985 dan 1986, kadar inflasi hanya dicatatkan pada 0.3% dan 0.7% masing-masing. Apabila ekonomi merosot kebiasaannya kadar inflasi akan turun kesan daripada penggunaan swasta (private consumption) yang menurun. 

Pada tahun 1998 kadar inflasi meningkat kerana penyusutan Ringgit yang ketara meningkatkan harga makanan yang diimport:

Source: Bank Negara 1998 Annual Report

Pada tahun 2008 pula ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.8% dan bukannya dalam keadaan gawat seperti yang YB Rafizi nyatakan. Ekonomi Malaysia mengalami kegawatan pada tahun 2009 iaitu penguncupan kadar pertumbuhan sebanyak 1.5% dan kadar inflasi pada tahun 2009 adalah 0.6%.

Pertumbuhan KDNK dan Penggunaan Swasta: BNM

Kadar inflasi meningkat pada tahun 2008 kerana harga minyak mentah dunia yang meningkat mendadak sehingga USD140 setong yang menyebabkan kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol daripada RM1.92 kepada RM2.70 dan harga diesel dari RM1.58 kepada RM2.58:

Bank Negara Annual Report 2008
YB mengemukakan fakta yang salah dan teori ekonomi yang salah. Jadi tak perlu mengatakan orang lain tak faham ekonomi.


Saya yakin Menteri Kewangan ke-2 tahu bagaimana indeks harga pengguna (IHP) dikira temasuklah tahun asas 2010 (2010 = 100). Tak perlulah YB ajar beliau tentang perkara asas seperti ini. YB yang perlu belajar dengan lebih lanjut tentang bagaimana untuk menggunakan fakta yang betul dan juga teori ekonomi yang betul.

Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Februari 2017 adalah 119.7. Dengan 2010 sebagai tahun asas, ini bermakna harga barangan dan perkhidmatan pengguna meningkat 19.7% sejak tahun 2010.

Tuduhan bahawa gaji pekerja di Malaysia tidak meningkat adalah tidak tepat sama sekali. Purata gaji pekerja di Malaysia meningkat setiap tahun seperti dilaporkan Laporan Penyiasatan Gaji dan Upah oleh Jabatan Perangkaan Negara:

Laporan Penyiasatan Gaji dan Upah: Jabatan Perangkaan Negara
Setelah diindeks purata gaji pekerja di Malaysia iaitu RM1,772 pada tahun 2010 sebagai tahun asas, gaji pekerja di Malaysia pada tahun 2015 adalah RM2,312 dengan indeks pada 130.7. 

Ini bermakna sejak tahun 2010 sehingga 2015 purata gaji pekerja di Malaysia meningkat sejumlah 30% lebih tinggi daripada kadar inflasi sebanyak 20%. Laporan Penyiasatan Gaji dan Upah 2016 akan diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada bulan Mei 2017.

Adakah YB Rafizi tidak mahu percaya dengan angka purata gaji dan upah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan yang sama yang mengeluarkan laporan Indeks Harga Pengguna? Adakah YB hanya akan percaya laporan “negatif” tetapi tidak mahu mempercayai laporan “positif” daripada jabatan yang sama?
Laporan Penyiasatan Gaji dan Upah: Jabatan Perangkaan Negara

Lebih baik YB luangkan masa mengkaji tentang inflasi, gaji, ekonomi dengan lebih mendalam sebelum menuduh orang lain tidak faham ekonomi. Sebelum nak sekolahkan menteri, sekolahkan diri sendiri dahulu. 

Rujukan:

No comments:

Post a Comment